April262012
princesslatifah:

Orang muslim yang mendo’akan orang lain secara diam-diam, akan disambut malaikat dengan berkata : Semoga untukmu juga (HR. Muslim)

princesslatifah:

Orang muslim yang mendo’akan orang lain secara diam-diam, akan disambut malaikat dengan berkata : Semoga untukmu juga (HR. Muslim)

(Source: neddynadia)

February132012

Izinkan Cuma Engkau yang Bertakhta di Hati

Di pelataran dinginnya malam, ku terdampar sendiri.

Saat ini, tika ini, hati seakan terdera dengan amukan hawa nafsu dan perasaan yang mengetuk-ngetuk tangkai hati. Tidak semena-mena, titisan jernih jatuh, setitis demi setitis. Hati sebak.

Dibiarkan air jernih itu mengalir hangat. Berlawan dengan emosi, ternyata seringkali diriku menjadi kalah. Nurani membentak, jiwa ini tidak tenang. Kenapa? Kenapa begini? Kenapa sekarang jadi begini?

Dulu hati itu dapat merasai sebuah ketenangan. Namun kini ketenangan itu seakan-akan diragut. Diragut oleh siapa? Apakah ia hilang ditarik oleh Tuhan? Atau kerana dosa-dosa yang dilakukan? Soalan-soalan itu bertubi-tubi menyoal, namun hati sememangnya tidak mampu menjawab. Terdiam sepi. Adakah hati itu telah mati?

Memang tidak ku nafikan, dia sangat menyayangi diri ini. Tetapi berkali-kali ku ingatkan pada diri, kasih sayang itu tidak abadi!

‘Berpada-padalah dalam menyayangi, jika tidak kelak dikau akan menangisi!’

Entah dari mana suara itu datang dan berbisik pesanan, kemudian hilang.

Namun kini, ku pula yang terkena panahan kasihnya itu. Semakin ku lari, semakin dia mendekati. Benarlah. Menjaga sekeping hati amat sukar sekali. Perlu sangat cermat dan berhati-hati. Ku mengeluh, melepaskan sebuah keluhan perasaan yang berat, yang semakin memberati rasa hati.

Jiwa ini tidak lagi suci, terasa ia tersangat kotor.

“Ya Ilahi, di manakah Engkau selama ini yang bertakhta di hati? Kenapa ia sekarang telah terganti dengan makhlukMu? Kenapa diri terlalu tega menggantikan tempat teragung itu dengan insan dan makhlukMu yang hina?”


Hati bermonolog lagi sendirian. Tidak! Ia punya peneman. Sang Tuhan yang sentiasa sentiasa ada mendengar setiap keluhan.

“Astaghfirullahalazim…. Ighfirli Robbi… Ighfirli….”

Bibir memantulkan kalimah suci itu perlahan-lahan. Bibir diketap erat. Menahan tangkai emosi yang kian membuak-buak rasa pilu dan syahdu bila menyebutkan nama terindah itu, jiwa menjadi mudah terusik.

Berbicara dengan Sang Agung, air jernih itu terus menitis kemudian semakin mencurah-curah. Teresak-esak.

“Ya Rabbi, pegang hati ini, dakaplah ia seerat-eratnya, jangan sesekali biarkan ia termiliki oleh makhlukMu, ku tidak sanggup menggantikan tempatMu dengan yang lain, tidak sanggup juga berkongsi rasa itu, ku cuma mahu kasih itu teragung untukMu, ku cuma mahu rindu itu terpatri untukMu, ku cuma mahu cinta itu hanya membunga untukMu Tuhan, jangan biarkan daku terkalahkan dengan emosi dan perasaan yang seringkali dipermainkan oleh syaitan.

Ya muqallibal qulub, tetapkanlah jiwa ini setulusnya di jalanMu, pancarkan cahaya bagiku di jalan yang gelap agar aku tidak teraba-raba kesepian sendirian di hujung jalan yang kelam, jangan biarkan ku terus begini tanpaMu disisi.

Tuhan, Izinkanlah! Cuma ingin Engkau yang bertakhta di hati ini “


Berkali-kali kalimah itu diungkapkan pilu dalam pelantaran sujudnya. Wajah diraup setelah tangan menadah. Hati terus berdoa dan berharap, semoga Dia menerima segala-galanya.

(Source: halaqah.net)

December282011
khadimulquran:

A story of two boys and a dog. :)

khadimulquran:

A story of two boys and a dog. :)

9PM
khadimulquran:

We’ve known each other, with full of promises. We’ve built our bond, with full of hopes.
But now I know.. Our bond, is far from His blessing..I’m releasing this bond, our bond.. It’s not only just for you. But.. It’s for Allah, our true love..If you’re destined for me.. Then insha-Allah, Allah will make us together.If not.. Believe in Him.. For Allah always knows what better for us…

khadimulquran:

We’ve known each other, with full of promises. We’ve built our bond, with full of hopes.

But now I know.. Our bond, is far from His blessing..

I’m releasing this bond, our bond.. It’s not only just for you. But.. It’s for Allah, our true love..

If you’re destined for me.. Then insha-Allah, Allah will make us together.

If not.. Believe in Him.. For Allah always knows what better for us…

9PM
khadimulquran:

Du’a for Allah’s Love

khadimulquran:

Du’a for Allah’s Love

9PM
“True love is from the one who helps you attain Jannah (together); not the one who holds your hand, smiling at you as you walk towards Hell. ♥” (via khadimulquran)
9PM
khadimulquran:

Ramai wanita cantik perasan bahawa lelaki memandang dan berminat dengan mereka!!Ramai juga lelaki hensem perasan bahawa wanita melihat dan menaruh hati terhadap mereka!!Tetapi, mereka tidak sedar bahawa lelaki dan wanita yang baik serta beragama tidak memandang pada luaran semata-mata. Bahkan, akhlak dan pergaulan yang terjaga lebih menarik perhatian mereka. Mereka bijak menilai yang mana kaca dan yang mana permata.Justeru, jagalah dan pelihara baik² maruahmu wahai wanita yang manis dan cantik, dan jagalah akhlak dan agamamu wahai lelaki yang kacak dan rupawan.

khadimulquran:

Ramai wanita cantik perasan bahawa lelaki memandang dan berminat dengan mereka!!

Ramai juga lelaki hensem perasan bahawa wanita melihat dan menaruh hati terhadap mereka!!

Tetapi, mereka tidak sedar bahawa lelaki dan wanita yang baik serta beragama tidak memandang pada luaran semata-mata. Bahkan, akhlak dan pergaulan yang terjaga lebih menarik perhatian mereka. Mereka bijak menilai yang mana kaca dan yang mana permata.

Justeru, jagalah dan pelihara baik² maruahmu wahai wanita yang manis dan cantik, dan jagalah akhlak dan agamamu wahai lelaki yang kacak dan rupawan.

9PM
khadimulquran:

Anime4Da’wah, [16:125]:ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَSerulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

khadimulquran:

Anime4Da’wah, [16:125]:

ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

December222011
← Older entries Page 1 of 15